Oleh: syaddad | Senin, 28 Januari 2008

Mimpi Seorang Gadis

Cerita ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 Malaysia (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya dimasukan kedalam kantung bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

‘Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu tutupi di tanganmu?’

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang terjadi padanya, ‘Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuat aku menanggung kesakitan ini.’ Balas gadis tadi.

‘Jika tidak keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.’ Rasulullah mulai tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. ‘Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.’ Gadis itu berhenti seketika menahan tangisnya.

‘Kemudian kulihat ditangan kirinya ada segumpal keju dan ditangan kanannya ada sehelai kain kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahwa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu saja yaitu segumpal keju dan sehelai kain kecil yang pernah disedekahkan kepada kaum fakir miskin. Yang lainnya hanya untuk berfoya dan menunjukkan kelebihan hartanya saja kepada orang lain.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lezat dan minuman dari telaga.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan suka beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. ‘Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menuruti perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas mengmbil sedikit air dengan telapak tangan kananku lalu kubawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencapai bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku
hingga melepuh. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melepuh seperti ini.

Itulah sebabnya aku datang menjumpai engkau ya Rasulullah.’ Panjang lebar gadis itu         bercerita sambil airmatanya tidak henti-hentinya mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke telapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka sembuhkanlah agar menjadi iktibar untuk beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, ‘Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun.        INSYALLAH’.

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Kategori

%d blogger menyukai ini: